Thursday, 25 August 2011

komunikasi


Dalam hidup, perlu ada komunikasi.
 Tidak kira apa cara sekali pun.
 Bercakap, gerakan anggota badan, seterusnya melalui emoticon-emoticon tertentu juga mampu menghasilkan kesan komunikasi yang dikehendaki oleh sumber. Apabila kesan komunikasi diterima dengan baik, maka sumber adalah punca yang sangat bagus dalam menentukan cara atau gaya penyampaian kepada penerima. Namun, apabila sumber kurang mahir dalam memberi perhatian dalam gaya dan cara penyampaian maklumat , maka kesukaran aliran maklumat untuk diterima pakai oleh penerima adalah sangat minimum.
 Ramai yang hidup di dunia ini mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi.
Namun,
akibat kekurangan maklumat atau ilmu berkaitan dengan komunikasi ini secara tidak langsung mewujudkan suatu yang dipanggil COMMUNICATION BREAKDOWN atau SALAH FAHAM. Hal ini secara tidak langsung akan mencetuskan pergolakkan atau masalah yang mampu menjejaskan hubungan kedua-dua belah pihak. Adalah menjadi bebanan kepada penerima terutamanya jika maklumat atau ekpresi  dari pihak sumber kurang difahami dan ditambah pula dengan ketidakmampuan pihak penerima untuk memaklumbalas perihal kegagalan  keberkesanan maklumat untuk dianalisis oleh pihak penerima.

1 comment:

  1. wish i have the guts to communicate better. hey, newbies! i follow u.hha.

    ReplyDelete